Takwim cuti umum dan cuti sekolah 2018 dah keluar. Merancang untuk bercuti sama keluarga. Balik kampung. Bila dah cenggini baru menghargai masa berkualiti. Boleh masukkan ke dalam planner dan smartphone.
Parking kat sini supaya senang buat fast reference.
Wednesday, November 8, 2017
Friday, October 20, 2017
BEZA SULH DAN HAKAM
Kerjaya Sulh (Mediators) ditinggalkan sejak tahun 2009. Tapi jiwa seorang mediator tidak pernah sirna diufuk zaman. Untuk menjadi seorang Qadhi (Hakim Syarie) yang berpengalaman, kitaran tugasan Sulh-Pendakwa-Peguam JBG boleh membantu mematangkan pengalaman seseorang sebelum menduduki bench Yang Arif. Baru baru ini ada soalan timbul dari blog yang ditulis seawal 7 September 2009. Thread yang dimuat naik selepas pembentangan kertas kerja pertama di muzakarah Pegawai Sulh Se Malaysia.
Link http://aburazeen.blogspot.my/2009/09/antara-sulh-dan-mediasi-yang-mana-dekat.html adalah berkaitan
Soalan seperti berikut: Saya ada terbaca blog en. berkenaan dengan sulh dan mediasi. Boleh saya tahu, adakah mediasi tu fungsinya sama dengan hakam pendamai?
Jawapan:
Sulh tidak sama dengan Hakam.
Sulh (di Mahkamah Syariah Malaysia) hanya salah satu alternatif menyelesaikan tuntutan KES SELAIN PENCERAIAN. Kes cerai seumpama: permohonan cerai, pengesahan lafaz cerai, fasakh, khulu', tebus talak, li'an dsb TIDAK BOLEH DISULH.
Kes YANG BOLEH DISULH contohnya: Tuntutan gantirugi pertunangan, hutang perkahwinan, tuntuan nafkah iddah, mutaah, hak jagaan anak, nafkah anak, pengesahan hibah atau wasiat, harta sepencarian dan lain lain.
Untuk penditilan tentang Sulh boleh pergi ke pautan dibawah:
Manakala Hakam adalah salah satu kaedah penyelesaian dalam tuntutan cerai dibawah seksyen 47 dan 48 Enakmen undang-undang keluarga bagi negeri Selangor, Johor dan yang lain-lain. (sesetengah negeri mungkin berbeza nombor seksyen).
Kata Kunci untuk Hakam adalah "HANYA UNTUK KES PERMOHONAN CERAI SAHAJA". tidak boleh digunakan untuk pengesahan lafaz cerai, fasakh, khul' tebus talak lian disb.
Untuk mengetahui hakam dengan lebih lanjut saya bagi pautannya:
dan
Gembira untuk membantu
P/S: gambar adalah reunion pegawai sulh selangor first batch 2002-2009. The Otai's
Wednesday, September 20, 2017
‘SADDU ZARAIK’ MENUTUP PINTU KEROSAKAN
Pra: Saat indah paling dinikmati, memerah otak, mencari kitab, membaca dan mencernakan makna kitab untuk dipresent. Things I love most ;) . Routine sebagai research officer adalah membaca kitab, menterjemah. Kali ini ia jadi tugas rasmi. Masa jadi peguam persekutuan, tak sempat langsung nak go deep. Tapi dah jadi RO, bagai mengantuk disorong bantal. Masuk library ajer rasa macam nak tidur situ. OK. job pertama kertas kerja YAA Datuk. Alhamdulillah selesai. Pada masa yang sama saya kongsikan kitab-kitab yang terpaksa di godam untuk mendapatkan masterpiece ini.
Bedah buku
Al-Mudkhal Li Dirasatil Syariatil Islamiah
"Mendalami Pengajian Syariah Islamiah"
"Mendalami Pengajian Syariah Islamiah"
Dr Abdul Karim Zaidan
Muasasah Risalah. Beirut.1999
1. Menyelami buku ini sewaktu melengkapkan
tugasan kerta kerja Konsep Pelaksanaan
Bayaran Denda Bagi Kes Perceraian Di Luar Mahkamah oleh Yang Amat Arif Datuk Mohd Radzi Bin Haji Abd Latif. Ketua Hakim Syarie Melaka.
Pelaksanaan C.S.Penalti di Mahkamah Syariah Melaka. Antara isi kandungan kertas
tersebut adalah penggunaan kaedah ‘Sad al-zarai’’ sebagai langkah deteren terhadap pihak suami dari
menggunakan kuasa talaq secara sewenang-wenangnya.
2. Petikan dari kertas
kerja tersebut: Apabila seorang suami telah melafazkan cerai tanpa kebenaran
Mahkamah atau luar Mahkamah, persoalan mengenai keesahan cerai tersebut adalah
tergantung sehingga diputuskan oleh Mahkamah. Tindakan lafaz tanpa kebenaran
Mahkamah mendatangkan banyak kemudaratan kepada isteri dan ini adalah salah
satu bentuk deraan ‘gantung tidak bertali’. Diatas ruh ‘dar’ul mafasid’ atau menghalang dari kemudaratan yang berpanjangan maka
pihak berkuasa telah menetapkan tujuh hari bagi salah satu pihak membuat
pendaftaran di Mahkamah. Seksyen 57 Enakmen yang sama memperuntukan seperti
berikut:
(1)
Walau apa pun seksyen
55, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di
luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari
dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.
(2)
Mahkamah hendaklah
mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah
sah mengikut Hukum Syarak.
(3)
Jika Mahkamah berpuas
hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak,
maka Mahkamah hendaklah, tertakluk
kepada seksyen 125-
(a)
membuat perintah membenarkan perceraian
dengan talaq;
(b)
merekodkan perceraian itu; dan
(c)
menghantar salinan rekod itu kepada
Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
3. Peruntukan Seksyen
57(3) mengikat tindakan Seksyen 125 setelah lafaz cerai disabitkan. Seksyen 125
adalah tindakan pihak berkuasa bertujuan mengekang pihak suami dari menggunakan
hak sedia ada secara sewenang-wenangnya. Tindakan ini diharuskan oleh fuqaha’
berdasarkan kaedah ‘sad zara’I’ Tindakan pencegahan
dalam bentuk hukuman denda atau penjara disebut sebagai penalti di dalam
Bahagian 9 En.12/2002. Secara spesifik
seksyen 125 dinyatakan seperti berikut:
125. Seseorang
lelaki yang menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dalam apa-apa bentuk
di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.
4. Peruntukan penalti
yang memberi kuasa denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi
6 bulan atau kombinasi kedua-duanya dikanunkan untuk memberi pengajaran.
Pelaksanaan penalti dalam undang-undang keluarga menjadikan Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah terpakai secara prosedurer.
5. Hukuman penalti ke atas pelaku atau
suami yang menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah adalahbertujuan menyekat
kerosakan yang terhasil akibat perbuatan suami tersebut. Tindakan pemerintah meletakkan/mengkanunkan
hukuman, itulah yang dipanggil ‘saddu zaraik’.
6. Saddu zarai’ secara istilah sesuatu jalan yang mendorong kepada haram dan
kerosakan adalah jalan haram dan wajib untuk disekat dan menahannya selama mana
ia membawa kepada kerosakan. Tetapi sekiranya jalan itu membawa kepada amalan
yang dituntut dalam syarak, maka jalan itu adalah yang dituntut. Maka zaraik
menyekat dan menahan apabila ada akibat kerosakan dan wajib dibuka apabila
memberi akibat yang bermunafaat.
7. As-Syaukani menyatakan masalah atau perkara yang pada lahirnya dibolehkan namun akan mengantarkan
kepada perbuatan yang dilarang itulah zaraik. Manakala As-Syatibi menyatakan bahwa ia adalah menolak sesuatu yang boleh agar tidak membawa kepada
sesuatu yang dilarang.
8. Saddu Zaraik menggunakan dalil Quran antaranya Surah al An'am:
لَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ۗ
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan" [Al-An'am: 107]
9. Ayat ini merupakan larangan Allah untuk kita mencerca sembahan agama lain, kerana sekiranya itu berlaku, maka orang mushrik akan mencerca Allah, meskipun sembahan mereka itu tidak memberi kesan dan mudarat sekiranya dicerca sekalipun, bahkan menjadi mudarat sekiranya dibiarkan tetapi perbuatan kita yang memulakan cercaan akan mendatangkan balasan dari mereka. Cercaan mereka akan menjadi bertambah buruk dan mungkin akan mendatangkan ketidakamanan sesama masyarkat. Tetapi ini tidak bermaksud kita dilarang terus dari membincangkan bab ketuhanan orang musyrikin, cuma tidak boleh cerca. Begitu juga dari Surah Al-Baqarah
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٲعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya)" [Al-Baqarah: 104]
Abdul Karim Zaidan, Al-Mudkhal li Dirasatil Syariyah Islamiah m.s 171 Muassasah Risalah. Beirut 1999 [R Na.31ABD]
10. Ayat ini memberi erti Allah melarang orang Islam berkata pada nabi 'raaina' kerana kaum Yahudi apabila mahu bercakap dengan Nabi, mereka menggunakan perkataan tersebut dengan maksud merendahkan martabat Nabi sepertimana yang diketahui makna perkataan dari segi bahasa. Maka Allah datangkan larangan ini sebagai satu sekatan dari kemudaratan. Mudarat dari segi merendahkan martabat Nabi dari segi panggilan dan percakapan.
11. Manakala dari segi sunnah Nabi SAW telah melarang 'ihtikar' atau embargo, juga dikenali dengan sebagai aktiviti menahan barang jualan tunggu sampai harga naik baru jual. Meskipun berjual beli hukumnya harus, tetapi aktiviti menahan penjualan itu dilarang. Larangan ini membentuk saddu zara'ik. Begitu juga dengan Nabi melarang pemberi hutang menerima hadiah dari penghutang, ini sebagai sekatan dari urusniaga riba.
Post: New Life New Rival, memulakan azam baru maghrib ni 1 Muharrram 1439H. akan siapkan master, banyakkan membaca, defeat kelemahan yang ada. beli rumah di Johor. Semoga Allah berkati.

Subscribe to:
Posts (Atom)