Sunday, August 4, 2013

Hari Raya Kembali Menuruti Sunnah Part.1


Disediakan untuk rakaman Segmen ADAM 101.9 Radio Permata Selatan.

1. InsyaAllah, rancangan Adam akan keudara seperti biasa setelah bercuti penggal di bulan Ramadhan, kali ini tepat pada hari raya pertama Aidilfitri 1431H iaitu 8/8/2013, bertuahnya rasa. Jadi mana-mana warga selatan sambil-sambil bermusafir ziarah kok dalam keter ke SUV ke MPV ke sudi-sudilah dengar ek…tapi kalau vespa/scooter jenIs yang taruk speaker kat belakang mudguard pun oklah juga!

TAKBIR RAYA

2. Antara bertakbir, sunat bertakbir ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:  

Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”      [Al-Baqarah:185]

3. Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Cara bertakbir adalah dengan suara yang lantang, sunnah ini sudah jarang diamalkan, jika dibuat terasa macam talbiah semasa buat ihram pulak. Apapun jika dibuat ikut sunnah maka akan dapat pahala sunnah dan kecintaan kepada Nabi SAW. Kebanyakan kita menganggap remeh amalan tersebut, selagi tiada yang mulakan kembali, kita jarang nak jadi pioneer untuk amalan sunnah sebegini tapiyang sedihnya  pioneer untuk amalan bidaah banyak pula wal aya zubillah. Cuma bila tiba di Musolla barulah semangat sebab dah ada mic dan ramainya Jemaah bertakbir.

4. Tujuan bertakbir adalah untuk menyebarkan syiar Islam disetiap jalan yang dilalui oleh umat Islam kepada umat Islam dan selainnnya ia juga menyebarkan ukhuwwah apabila pakat reramai mengalunkan takbir bersama-sama. Tapi ingat, validity takbir AIdilfitri hanyalah sehingga habis solat sunat hariraya sahaja. Kalau segan nak bertakbir juga pasang la stereo alunan takbir, selalu intro lagu/nasyid raya banyak …aci tak?  

UCAP SELAMAT IKUT SUNNAH

5. Apa kata tahun ini, kita kembali kepada sunnah, selain mengucapkan “selamat hari raya” kita tukar ke ayat yang baru. Kita membudayakan yang betul dan sunnah InsyaAllah raya kita akan lebih diberkati. Ucapannya “Taqabbalallahu minna waminka” Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani didalam kitabnya Fath al-Bari yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasul SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”  Fath al-Bari jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

6. Selain dari berbunyi ‘Arablaa’, ia juga memberi makna yang indah, apabila kita mendoakan kepada diri kita dan kepada orang yang kita raikan dengan salam, semoga amalan kita dan amalannya diterima oleh Allah. Sudah tentu amalan itu amalan yang baik kesemuanya. Nak menjawabnya pulak boleh kata “waminka” bererti “dan keatas kamu juga” atau kalau tak sempat nak jawap, cakap “amin” pun cah cukup Tapi kalau nak value addkan lagi ucapan kita, boleh diteruskan dengan:-

“Aku njalok singapuro
Seng Ake Ake
Mangan Ngombeku di halal ke”

Maknanya kena tanya wong jowo lah!

MANDI SUNAT HARIRAYA

7. Pagi-pagi lagi kita diserikan dengan amalan menyucikan diri sebagai persediaan untuk bertemu dengan insan lain, jangan jumpa orang bau macam seminggu tak jumpa air kesian dia. Menjadi custom orang Arab mereka jarang mandi disebabkan kurangnya bekalan air di padang pasir dan faktor iklim dan cuaca, mandi hanya apabila perlu sahaja. Jestru adalah menjadi sunnah mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri.

8. Cuma yang membezakan mandi biasa dengan mandi sunat adalah niat sahaja, at least “sahaja aku mandi sunat raya aidilfitri kerana Allah”. Isu melafazkan kalimah Allah dalam bilik air itu harap sudah diselesaikan. Niat dalam hati pun dikira oleh Allah. Tak perlu lafaz niat kuat kuat nanti orang ingat kita ni mandi wajib. Saidina Ali bin Abi Thalib  pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." Riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

JAMAH DULU SEBELUM KELUAR SOLAT RAYA

9. Hari yang diharamkan berpuasa adalah hari raya Aidilfitri, jadi jangan nak buat alim pergi berpuasa pada hari raya pulak. Jadi untuk membezakan hari puasa dengan hari raya disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum pergi solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini. Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272

10. Lebih istimewa kalau kita dapat ikut Rasul SAW yang akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Lepas tu sukahatilah nak belasah kut mana pun, jangan sampai ‘wakenabeb’ semasa solat hariraya pulak, sakit perutlah nak terberaklah. So simple diet yang diajarkan oleh Rasul SAW adalah paling ideal, lagipun secara fakta nutrisinya kurma antara buah yang paling cepat menghantar zat kepada otak. Wallahua’lam sandarkan kepada rasul nescaya anda diganjari. 

11. Sesetengah orang akan keliru yang mana satu nak makan dulu raya Aidilfitri atau Aidiladha, sebenarnya Aidilfitri sahaja. Sunnah ini berdasarkan dalil Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah SAW tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasul SAW memakannya dalam jumlah yang ganjil.”    [Bukhari: 953]

12. Pun begitu saya rasa tak ramai yang dapat ikut sunnah ini, manakan tidak atas meja dapur sahaja “monjong” penuh dari bucu meja kebucu meja, kurma dah tak nampak dah. Nasihat saya pagi-pagi buat lapik perut sudahlah, nanti mana nak diisi kuih muih, nasi, ketupat, me rebus, laksa, sate (just name it) rumah orang nanti. Kalau tak sempat sangat nak menjamah, minum air pun dah dapat pahala sunnah.

PAKAIAN YANG INDAH  

13. Bab ni semua orang suka, miskin macam mana pun mesti nak pakai baju yang lawa lawa, Cuma saya kurang faham bila ada orang datang solat raya pakai baju rukun tetangga. Itu dululah kot, zaman kemelesetan. Zaman sekarang MasyaAllah Tabarakallah banyak sekali orang yang dermakan duit kepada yang memerlukan, jadi tidak timbul terpaksa pakai baju tak semenggah semasa hari raya.

14. Tidak semestinya baju baru, yang dimaksudkan oleh baginda Nabi SAW adalah pakaian terbaik yang dimiliki. Ia lebih berbentuk spirit sahaja, bukan material. Maknanya kalau ada banyak baju sekalipun, yang mana kita rasa terbaik, itulah yang dipakai dan sudah pastinya wajib lulus PUSPAKOM syariah.

15. Dalam perkara ini Imam Syafie menyatakan dalam kita berkata Kitab Al-Umm:
Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian. [Al-Umm, jil. 1, ms. 327].

16. Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie menambah:

Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."

17. Dalam sebut pakaian, kita nak sebut jugalah pasal ibu bapa yang membeli pakaian anak-anak. Kalau boleh ukuran baju dan badan biarlah bersesuaian dan selesa untuk dipakai, jangan sampai baju anak perempuan kita macam baju bungkus nangka masak, terjojol sana terjojol sini, nampak babat kata orang sini. Sekiranya kita dapat bentuk anak kita sedari rumah sendiri, InsyaAllah anak-anak akan ikut walau kita sudah tidak tinggal bersekali. 

WANGI WANGIAN

18. Bau kalau boleh jangan bau ‘paing’ macam baju senaman budak sekolah petang tak basuh tiga hari. Jarak selangkah je orang dah kembang kempis menahan bau kita. Oleh sebab itu Rasul SAW amat menitik beratkan berbagus-bagus dalam penampilan. Adalah sunnah bagi kaum Adam memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasul SAW:

Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."   An-Nasaai: 5036.

19. Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

20. Apapun bersederhanalah dalam penampilan, kalau nak wangipun ikutlah kadarnya, jangan wangian ‘hajarul aswad’ tu dilumurnya satu badan sampai sesak nafas orang sebelah kita waktu solat raya nanti. Masalah dengan minyak wangi ni, si pemakainya selalu gagal nak menghidu bau sebenar sebab hidungnya dah ‘immune’ dengan bau tersebut. Indikasi tahap kelikatan bau minyak wangi kita dapat diukur apabila jumpa kawan, masing masing tegur “wanginya hang!” ataupun sekurang-kurangnya hidung orang kembang kempis sewaktu jumpa dengan kita. Pada masa itu barulah kita sedar kita dah terover wangi.

Sambung part 2