Friday, January 27, 2012

Maulidur Rasul pertamaku di Wadi Hana

Pra. Hatiku bagai ditarik-tarik untuk solat Jumaat di Masjid Wadi Hana, masjid yang mula-mula aku suka solat Jumaat di Bandaraya Johor Bahru, walau tampak tiada sebarang keistimewaan, berbanding Masjid Kotaraya dan Masjid Saujana yang besar, selesa dan berair-cond. Masjid Wadi Hana, sememangnya istimewa dengan masyaiekh tarekat/tasauf yang ada kat situ, meski sekalipun tak pernah mengadah kitab kat situ tapi ntah bagaimana.... ada feelinglah!

1. Imam kat situ dari yang udah berumur sampai yang muda akan membacakan surah di dalam solat telo Arab, (flat tanpa lagu tarannum macam Melayu Johor selalu bawakan dalam solat) selain berkumpul umat Johor keturunan arab solat disitu meskipun Khatib dengan penuh kepatuhan hanya membacakan text yang disediakan oleh JAIJ.




2. Kebetulan sebelum solat Jumaat dibuat satu pengunguman satu majlis sambutan Maulidur Rasul yang menarik minatku, butirannya seperti berikut:


Maulidur Rasul anjuran Ustaz Nuruddin AlZinki bertempat di
The Wadihana Condominium, #15-10 25 Jalan Mohd Taib, 80300 Johor Bahru
Hari Sabtu 28 Januari 2012 bermula 5 petang

Turut hadir Habib Abbas bin Muhummad Assegaff, Habib Abdullah bin Alwie Al-Idrus, Sheikh Toyyib Al-Makki, Sheikh Hassan Bangkok dan Sheikh Abdullah Ibnu Mas’ud





3. Sejak sampai ke JB ni susah juga mencari lubuk-lubuk ilmu, berlainan semasa di Shah Alam dahulu. Tapi semenjak dua menjak ni Allah SWT tahu akan gejolak hati hambaNya, rasa kekosongan dan dahagakan ilmu turath Islami mula diisi dan disirami dengan perkhabaran alim ulama' seperti Ustaz Nuruddin Albanjari Sheikh Ibrahim Albanjari dan mana-mana lagi tok guru yang masih sedang dicari.


4. Saya sendiri tak tahu lokasi tu sebenarnya tapi kata bilal yang selalu mengalunkan azan dengan suara bergenre klasik, kalau dari masjid Wadi Hana boleh nampak kondo tu. Takpalah takkan nak suruh dia tulis peta pulak... so Ya Allah ya Tuhanku terangilah jalanku untuk menuntut ilmu.. Ya Rabb.


Post. Besok kenduri rumah saing kat Taman Sri Pulai, kalau kat Johor pengantin akan diarak agak lewat berbanding kenduri kawin di utara. so nak pi pukul 2.00 petang, pastu dalam pukul 4.00pm baru gerak ke Masjid Wadi Hana, check point sebelum ke rumah Al-Ustaz. Jom kita dengaq ceramah!

Sunday, January 22, 2012

John Grisham The Chamber : my 2 cent



Pra: Bayu Gunung Belumut melunakkan pemikiranku hariini. Berehat di kampung menjanjikan masa lapang yang tenang aman dan damai. Edo, Ajim, Kiki dan Hannan bebas bermain bersama maksu, makcik dan eyin (anak si paejot). Sesekali terdengar jerit hannan atau eyin yang merengek minta dimanjakan. Kiki yang lahir tiga tahun lepas akan menyambut harijadi sikit hari lagi, tiga tahun lepas harijadinya tepat dengan hari raya cina. Pagi tadi hujan gerimis melanda Kahang Timur, pastinya air terjun berlumut seperti ais dinginnya. Petang ini kalau tak hujan nak ajak Tipah dan anak-anak mandi gunung lah. Sebelum tu nak bagi resensi “The Chamber” tulisan penulis novel kesayangan pelajar undang-undang si John Grisham. Sikit lagi buku ini akan ku pinjamkan pada si Lili Farhana, adik Tipah yang baru gagal periksa MUET. Pinjam je tau! Sebelum berpisah kita bagi resensi dulu.

1. The Chamber mengisahkan seorang peguam muda bernama Adam Hall yang sedang bersemangat mengambil kes-kes jenayah pro bono untuk peningkatan kerjayanya. Sehinggalah Adam mengambil satu kes pembunuhan bersifat kebencian perkauman yang mana Sam Cayhall akhirnya dihukum mati dalam gas chamber.

2. Novel ini juga mengajak kita menyelami sejarah Ku Klux Klan, satu organisasi pengganas yang wujud atas dasar benci kepada kulit berwarna dan orang yahudi. Sam yang turut serta dalam aktiviti lynching (penyeksaan kulit bewarna sehingga mati) di awal penglibatannya sehingga terjebak dalam kejadian bom Marvin Kramer seorang peguam Yahudi di Mississipi.

3. Secara tidak sedar, John Grisham juga mengajar kita tentang sejarah gelap Amerika, apabila wujud golongan pelampau (sebelum US melampaukan pejuang kemerdekaan Islam Palestin, Iraq, Afghanistad, Chechnya, Pattani dan lain-lain). Kumpulan Ku Klux Klan yang terlebih dahulu menetapkan agenda utamanya menghapuskan orang kulit bewarna dan yahudi di amerika. Kenapa KKK bencikan sangat Yahudi tak diceritakan pulak kat sini.

4. Alami detik demi detik penyeksaan saikologi seorang banduan akhir. Sam pasrah nasib dirinya ditentukan oleh peguam muda yang tidak kenal erti lelah untuk kesinambungan nyawanya, namun itu bukanlah panadol buat dirinya yang sentiasa berperang dengan temujanji kematian. Gejolak jiwanya digambarkan oleh JG dengan dramatik sekali:

“His sheets were soaked with sweat, and as he lay on the bed and watched the ceiling for the million time he thought of death. The actual act of dying would not be to terrible. For obvious reasons, no one knew the exact effects of the gas. Maybe they would give him an extra dose so he’d be dead long before his body twitched and jerked. Maybe the first breath would knock him senceless. At any rate, it wouldnt take long, he hoped...”

5. Kegigihan Adam memanipulasikan sistem kehakiman yang dipenuhi dengan loophole, menjadikan keadilan di Amerika seperti bahan mainan peguam bijak. Hujanan panggilan telefon dan fax yang bertali arus boleh mengubah proses rayuan. Saksikan juga ketidak seragaman sistem perundangan dan hukuman antara states di Amerika tidak menghalang dari keadilan ditegakkan.

6. Jangan lupa menghayati keindahan penulisan JG yang memenuhi ruang novelnya dengan fakta-fakta benar, teknik penceritaan bersifat real-time menjadikan pembaca seperti aku, terkasima dan termenung sejenak, kenapa kat Malaysia tiada penulis sehebat beliau menggarapkan cerita undang-undang yang mampu mendidik dan menjana minda kreatif pembaca?. Atau kalau adapun penulis seperti itu, kenapa tak seglemer JG yang novelnya diadaptasikan ke layar perak seperti the pelican brief, the firm, the client dan hampir 50% bukunya dijadikan filem (sebelum ‘ombak rindu’)...Kenapa aku tak boleh tulis sepertinya?

7. Ikuti perit getir seorang peguam yang memperjuangkan nyawa seseorang yang dipercayainya tidak bersalah. Rasai kengerian pelaksanaan hukum gas beracun sebagai penalti di Masachuset. Ketahui sistem kehakiman Amerika yang dipenuhi prosedur rayuan yang kompleks, sistem penghakiman juri yang tiada di malaysia. Apakah hubungan Adam dan Sam dalam kes ini?. Apakah kesudahan nasib Sam?. Adakah di bilik yang dipenuhi dengan gas beracun atau bebas bersama orang tersayang?

Post: Buku ni dibeli dalam tahun 2007, dalam Pesta Buku PWTC. Novel pertama John Grisham, lepas tu beli lagi buku dia The Associates, tunggu habis nanti saya resensikan lagi. Tapi untuk buku Associates lambat sikit nak habis kerana masa dibaca sudah duduk kembali bersama Tipah dan anak-anak (dapat pindah Johor). Kalau dah malas nak tengok kamus, tuan-puan boleh beli terjemahannya. Saya suka beli yang paper back sebab mudah dibaca dan dilipat-lipat, dulu selalu baca dalam tren nak pi kerja kat KL dari rumah Shah Alam. Sweet memory though!

Hubungi penulis di http://www.jgrisham.com/

Thursday, January 12, 2012

Minyatul Musolli - Your perfect guide to perfect solat



Pra: Meeting User Requirement Spec untuk Subject Matter Experties (expertkah aku?)12 dan 13 Jan 2012, kena pulak ada kuliah Dr Basit kat Masjid Wilayah Persekutuan 14/1/2011 9.00am-11.00am

Kitab Minyatul Musolli karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al Fathoni:

Syeikh Daud bin Abdullah al Fathoni ialah seorang ulama besar Nusantara yang telah hidup lebih daripada 200 tahun dahulu.

Kitab ini adalah kitab lengkap tentang sembahyang (solat) mengikut Mazhab Imam Shafie. Kitab ini disyarahkan oleh banyak guru-guru agama pondok dan pengajian kitab kuning di madrasah-madrasah yang terkenal di Malaysia dan di Selatan Siam.


POs
post : Ya Allah tambahkanlah ilmuku

Sunday, January 8, 2012

Beza Pendapat? Meraikan kepelbagaian

copy sebi'john' dari laman web sheikh kamin


Sunday, January 08, 2012

Al-Sya’rawi, al-Qardhawi, Hassan, Gomma dan al-Awwa ……. siapa yang menghangatkan kemuliaan mereka?
Oleh Najeh Ibrahim


1. Ada dikalangan pendakwah Salafiyah yang menyerang tanpa berlandaskan kebenaran keatas Shiekh Mohamed Hassan, dimana beliau telah dianggap sebagai simbol kesederhaan (moderate), adil, memiliki akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan , di mana perkara-perkara ini yang para pendakwah salafi gagal membawanya sejak dahulu lagi, dimana mereka tidak meninggalkan khazanah keilmuan, melainkan hanya menyerang dan memalukannya dengan tuduhan-tuduhan yang buruk tanpa kebenaran.Al-Sya’rawi yang pernah menghidupkan kembali dakwah Islamiyah pada tahun 70an di Mesir dan dunia Arab, berjaya mendapat tempat dikalangan manusia, telah terdedah kepada pelbagai serangan dan satupun dikalangan mereka tidak mempertahankan beliau, membiarkan daging-daging beliau dimamah didalam ceramah-ceramah dan majlis-majlis ilmu mereka.

2. Bagi Syeikh Dr al-Qaradhawi pula, bukan sahaja terdedah kepada kritikan dan celaan, akan tetapi beliau menjadi bahan penghinaan yang dasyat, walaupun beliau merupakan orang ‘alim, pendakwah, fuqaha’ dan merupakan pejuang utama didalam dunia Islam. Keterlibatan beliau selama 40 tahun di dalam projek-projek Islamiyah yang menjadi harapan kepada dunia Arab dan lebih-lebih lagi Mesir. Disana wujudkan Kesatuan Ulama Muslim, bank-bank Islam, projek mega IslamOnline (IOL), yang merupakan laman Islam pertama didalam pelbagai bahasa.
Akan tetapi murid-murid mereka mencela dan mengutuk beliau siang dan malam, malah Dr Mohamed Ismail telah dicela dan dihalang dari menjual buku-buku dihadapan masjid, kesemua ini tidak memihak kepada beliau, namun demikan guru-guru Salafi ini tidak menerbitkan buku-buku fiqh kontempari yang melihat dari sudut realiti masakini, tidak sebagaimana yang dlakukan oleh Sheikh al-Qaradhawi dan murid-muridnya. Setiap fiqh mereka merupakan pengulangan cetakan kitab-kitab fiqh lama, akan tetapi sumbangan mereka terhadap isu-isu perundangan baru, pen mereka tidak menulisnya.

3. Perkara pelik yang berlaku adalah kesemua isu-isu yang di cela oleh kumpulan salafi keatas al-Qaradhawi, kini karya-karya beliau telah menjadi inspirasi kepada parti al-Nur, jika dilihat dari aspek pembentukan parti tersebut, passport kepada politik yang majmuk dan menegakkan keadilan. Keluar dari demonstrasi kepada menjatuhkan pemerintah yang zalim didalam kebanyakkan perkara, lebih-lebih lagi dari aspek perundangan. Isu-isu ini telah menjadi celaan keatas al-Qaradhawi terutamanya fatwa-fatwa beliau berkenaan dengan orang Islam yang tinggal di Negara-negara barat, seperti di Amerika, Eropah, Jepun dan lain-lain, lantas mereka lupa dengan fatwa-fatwa yang menyentuh mengenai isu dalam Negara ini sendiri, yang memerlukan pendekatan yang sederhana dan keterbukaan berbincang, yang lebih diperlukan dari kebanyakkan negara-negara Islam yang lain dan perkara ini sangat panjang perbincangannya.

4. Aneh sekali, kita tidak mendengar seorang pun dari mereka yang memohon maaf kepada Syeikh al-Qaradhawi keatas tomahan dan celaan yang beliau alami semenjak 30 tahun lamanya. Adalah perlu mereka memohon maaf, termasukan mereka yang mencipta dan mencipta bersama, termasuklah dari kalangan pendakwah dan anak-anak murid mereka.

5. Tiba pula giliran pendakwah terkenal Amr Khaled, yang berdakwah bagaikan air yang mengalir, yang mementaskan pencapaian yang terbaik dikalangan pendakwah di Mesir dan beliau telah menerbitkan beberapa program dakwah yang cemerlang. Suatu masa berhadapan dengan dakwah yang mengalami kematian klinikal, terdedah kepada serangan yang ganas dan tidak adil, diatas satu kesalahan yang kecil yang boleh berlaku kepada mana-mana pendakwah yang bekerja siang dan malam, sehinggalah kesilapan tersebut dibukukan dalam bentuk celaan dan dijual dihadapan masjid tanpa ada sebarang larangan penerbitannya.

6. Termasuklah Mufti Besar Mesir Dr Ali Jum’ah (Gomaa), merupakan sebilangan kecil ulama’ yang menguasai bidang Fiqh dan Usul, dimana terdapat beberapa isu yang telah membakar krtikan dan celaan tanpa duduk bersama beliau memahami isu tersebut. Mereka telah mencela lelaki tersebut (Ali Gomaa) tanpa berlandaskan ilmu, kaedah dan kebaikkannya.... badan “kebajikan Mesir” yang beliau seliakan, membantu hampir satu juta orang-orang miskin sehingga kini, ditaja oleh Yayasan Majdi Yakob yang menyalurkan bantuan kepada pusat pembedahan jantung dan projek saintifik Zewail.


7. Bagi Dr Salim al-Awwa pula masih lagi dihujani dengan kritikan dan celaan dari kalangan merela... beliau pernah dikatakan sebagai penganut Syiah, atau beliau redha dengan celaan terhadap sahabat atau beliau ingin membawa Iran ke Mesir, maka pemikiran mereka yang tidak mengetahui ilmunya, kelebihan beliau, cinta beliau kepada para sahabat dan mempertahankannya dan malah beliau sentiasa menjadi ulama’ sunnah.

8. Ini hanyalah contoh mereka-mereka yang menjadi mangsa pencelaan, mereka ini tidak tahu menilainya, sehinggakan mereka melakukan kesilapan dan kesalahan ketika melontarkan celaan. Ambillah dari sabda Nabi :saw, dimana baginda bersabda :
إذا بلغ الماء قلتين لم يحمل الخبث
“Apabila air telah sampai 2 qullah, tidaklah ia menanggung kenajisan”.
Semua ini ibarat air sungai yang mengalir, dimana didalamnya terkandung ilmu, kebaikkan dan keutamaan, dan tidak terganggu oleh buruan dan kesilapan.


p/s: biasalah tu berbeza pendapat, tak percaya tanyalah Hassan Ali. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.