Monday, February 22, 2010




Maklum balas kepada Artikel ‘Persuation not Compulsion’ The Star 19/2/2010

1. Didalam usaha kerajaan untuk memupuk semangat 1Malaysia, kesemua rakyat adalah wajib untuk menyokong dalam apa jua cara untuk mengekalkan semangat tersebut. Malaysia sebuah Negara yang unik seperti mana yang diuar-uarkan ‘Malaysia truly Asia’.

2. Kedamaian dan kemakmuran Negara ini berpunca dari sikap toleransi atau liberalisasi yang diamalkan oleh tampuk pemerintahan negara ini sejak sekian lama. Hormat menghormati antara satu bangsa kepada bangsa yang lain, semua rakyat diberi peluang untuk maju serta bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Tunggak kepada kesejahteraan Malaysia adalah penduduknya yang masih mengamalkan nilai tradisi ketimuran dan berpegang teguh pada agama.

3. Meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam sebagai agama persekutuan namun ia tidak menghalang agama lain diamalkan secara aman dan damai di mana-mana pelusuk persekutuan. Hakikatnya Islam adalah sebuah agama perdamaian, perundangannya pula dinamakan hukum syarak. Melaksanakan hukum syarak dalam segenap kehidupan adalah merupakan kewajipan kepada tiap individu Islam.

4. Memandangkan Malaysia dihuni oleh pelbagai kepercayaan dan dogma rakyatnya, pelaksanaan hukum syarak dari segi perundangan telah disusun suai di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jesteru, Perundangan Syarak yang diwartakan pada hari ini tidaklah menepati sepertimana yang dikehendaki syarak. Hukum Syarak yang berkuatkuasa mengikut kuasa wilayah-wilayah persekutuan dan negeri-negeri dalam Malaysia telah menuruti proses perundangan sebelum diluluskan. Antaranya digubal oleh jawatankuasa undang-undang, dibahaskan dalam dewan undangan negeri diperingkat negeri dan dewan rakyat diperingkat persekutuan. Akhirnya, selaku ketua agama Islam, Sultan atau Agong akan meluluskan suatu rang undang-undang yang telah dibahaskan oleh ahli dewan undangan negeri dan dewan rakyat.

5. Antara undang-undang yang telah diluluskan adalah Akta Kesalahan jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559. Menghormati undang-undang yang berkuatkuasa di suatu kawasan adalah satu tanda kerukunan sesebuah negara, kerana itu Kedaulatan Undang-Undang menjadi asas rukun negara yang keempat. Keistimewaan undang-undang syarak ia hanya terlaksana ke atas orang-orang Islam sahaja. Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa atas orang bukan Islam, sekalipun kesalahan yang dilakukan adalah dilakukan secara bersama.

6. Mengambil contoh kes khalwat (close proximity) sekiranya tangkapan dibuat melibatkan pasangan Islam dan bukan Islam, maka pihak yang akan dikenakan tindakan adalah orang Islam sahaja, manakala orang bukan Islam dilepaskan. Oleh yang demikian orang Islam yang berada didalam mana-mana persekutuan adalah bertanggungjawab menjaga diri dari melakukan sebarang perkara yang melanggar hukum syarak. Manakala orang bukan Islam tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan agama Islam. Sebarang campur tangan atau pandangan yang berbau kritikan ke atas hal ehwal umat Islam dianggap menghina agama Islam. Ini kerana umat Islam dalam negara ini menghormati kepercayaan agama lain dan tidak akan mengganggu gugat kepercayaan mereka kerana atas dasar hormat menghormati dan tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

7. Tugas pengamal media yang bertanggungjawab adalah untuk memahami dan mengamalkan konsep ini kerana ia adalah dasar keamanan dan perpaduan rakyat negara ini. Hukuman sebat telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Februari 2010 yang lalu ke atas 4 lelaki dan 3 perempuan adalah disabitkan atas kesalahan bersetubuhan luar nikah. Kesalahan ini disebut dalam seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Sekiranya pesalah tidak berpuashati dengan hukuman tersebut mereka dibenarkan merayu dalam tempoh 14 dari tarikh hukuman dijatuhkan. Peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah dikanunkan sejak tahun 1997.

8. Sejak dari mula dilaksanakan, berbagai bentuk hukuman telah dijatuhkan bersesuaian dengan graffiti kesalahan yang disabitkan. Tujuan hukuman dalam Islam adalah dalam bentuk pengajaran, supaya perkara yang sama tidak berulang dan diambil iktibar oleh orang lain. Kerana itu hukuman asal dari segi syariah dibuat secara terbuka dan disaksikan oleh orang ramai. Namun dalam konteks Malaysia ia dibuat dalam penjara. Islam amat menitikberatkan soal hubungkait antara manusia dan Allah dan manusia sesama manusia. Oleh yang demikian kita mendapati asas perundangan Islam adalah untuk menjaga 6 perkara iaitu agama, diri, akal, keturunan, maruah dan harta benda, ini berbeza dengan penafsiran jenayah dari prinsip sivil.

9. Demi menjaga perkara-perkara tersebut syarak telah menetapkan bentuk hukuman yang terdiri dari Hudud, Qisas dan Takzir yang mana sebahagian besar belum dapat dilaksanakan di Malaysia.


10. Penulis tersebut sewajarnya membuat penelitian terhadap angka rasmi yang dilaporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008, berdasarkan angka ini, secara purata 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Menurut sumber yang sama lagi statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Ini belum didatangkan angka kes bayi yang ditinggalkan atau mati begitu sahaja.

11. Kesan kelahiran anak luar nikah yang diakibatkan persetubuhan haram terlalu banyak, antaranya mendatangkan keaiban terhadap keluarga pelaku, menjatuhkan nilai diri baik wanita mahupun lelaki, anak yang dilahirkan tidak kenal ayahnya, tidak mempunyai nasab atau keturunan yan g jelas lebih malang lagi bayi itu dibunuh. Sepertimana yang dinyatakan, Islam adalah agama yang menjaga diri, keturunan dan maruah. Apakah penulis tidak melihat hubungkait antara semua kesan negatif ini terhadap perkembangan masyarakat atau hanya untuk meraikan keseronokan yang bersifat sementara.

12. Agak malang bagi seseorang pada tahap editor akhbar harian untuk memahami perkara sedemikian dan lebih malang lagi terdapat orang Islam yang berteriak dengan nada yang sama. Sedangkan penerima hukuman telahpun rela dihukum meskipun mereka telah maklum tentang peluang untuk merayu. Semoga Allah memberi keampunan kepada mereka kerana mengakui dan redha menerima hukuman dunia, kerana hukuman akhirat adalah lebih pedih dan berpanjangan.

Abu Razeen

Friday, February 19, 2010

This is out much!

taken from http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2010/2/19/columnists/questiontime/5701728&sec=Question Time . Please do tell me why should we as a Muslim can bear such articles intimidating peaceloving syariah law anyway?. Are we taking this issue same as we tread Allah's word? By then Allah will show for those who really strive for His words.



Friday February 19, 2010
Persuasion, not compulsion
QUESTION TIME
By P. GUNASEGARAM

When federal laws unambiguously prohibit whipping or caning of women, religious laws must not be allowed to do the opposite.
ONE of the small things that I am grateful for is that I cannot be legally whipped or caned for any offence any more. Yes, there are criminal penalties which can specify whipping, but not for those over 50, I am told. Sometimes being old(er) is an advantage.
The other reason that I won’t be legally whipped is that I am not a Muslim and therefore my personal behaviour is not subject to syariah courts, which can hold me liable for offences such as drinking alcohol and have me caned.
For me and for millions of Malaysians of all races and religions, Feb 9, 2010, was a sad, black day in the history of our country. On that day, three women were caned legally for the first time ever in this country. They, all Muslims, were caned for engaging in illicit sex, an offence under syariah law, it was announced.
It is shocking that such sentences are being meted out for such offences. While religious laws may allow for such sentences, it is possible for judges to mete out lower sentences, especially when such “offences” are of a very personal nature and harm no one else.
When there are loopholes in religious laws which allow such punishment out of all proportion to the “crime” committed, and which go against the sensibilities of most Malaysians, then it is incumbent upon the Government of the day to use the legislature to do the needful. Otherwise it abdicates its responsibility.
Illicit sex means sex out of wedlock and if we are all not hypocrites, we will admit that it happens all the time, among both Muslims and non-Muslims. To prescribe caning for such an offence is something that most Malaysians are likely to consider just too much.
It also opens the door for caning for more minor offences in the eyes of religious officials, such as drinking alcohol. In fact one Muslim woman, who has refused to appeal her case, is currently awaiting a caning sentence to be carried out after she was found guilty of drinking alcohol.
That case attracted international attention and made it to the front page of two international financial dailies – The Wall Street Journal and The Financial Times – on the same day last year. The current case, announced on Wednesday, is already beginning to attract world attention.
With three women already having been caned for illicit sex, the way has been paved for more caning of women in the future. That will not endear Malaysia to Malaysians, let alone foreigners who are inevitably going to equate us with the Taliban. And who can blame them?
And are we going to go further down the slippery road and cane women for dressing immodestly too, as has been done in some countries?
There are already indications that Malays, especially women, are migrating and leaving their homeland, not because they don’t have opportunities here but because as Muslims, their personal freedom is restricted – and there is danger that it will be curtailed even more.
Yes, it has been said the three women did not suffer any cuts or bruises following the caning but that is scant consolation to those who have to undergo such humiliating punishment on top of the intrusion into their personal affairs.
As if the caning was not bad enough, alarmingly they spent months in prison. One of them is still serving her jail sentence and will be released only in June.
All three were found guilty of committing illicit sex by the Federal Territory Syariah High Court, which issued the caning order between December last year and last month. Perplexingly, they were not made public at that point of time. The public had no idea of the caning before it was done.
Also, it was not clear if the women had exercised their full rights under syariah law by appealing the court’s decision.
These are behaviours which should not be treated as if they were criminal offences; but they have been. The offenders have not only been caned but also jailed, which is rather harsh punishment for something which did not harm anyone else and was done in privacy and behind closed doors.
This is clear indication that there are laws in our statute books – both syariah as well as civil – which are outdated and need to be revised in keeping with the times and the recognition that individuals have personal rights.
Personal behaviour between consenting adults that do no physical harm to them and to others should not be legislated. This is in keeping with the development of personal rights throughout the world, and anything that takes away these rights is a step backwards.
Religion is open to interpretation, man interprets it and man can – and does – make mistakes.
Even if religious rules are flouted, we should have a system which does not mete out punishment for offences, and focus instead on rehabilitation and counselling. That will be in keeping with the universal tenet that there is no compulsion when it comes to religion.
Custodial and punitive sentences by religious courts should be limited via statutes because personal behaviour of adults is often involved and there is no hurt or harm to any others arising from such behaviour.
Religion is about persuasion not compulsion, about faith not certainty, and that is the way we should keep it. Otherwise, bigotry is going to get in the way and we won’t be following the tenets of religion but of those who choose to interpret it the way they want to.
We have all seen what happens when religion – no matter what religion – is carried to extremes and hijacked by bigots. We don’t want public flogging, we don’t want arms chopped off, we don’t want people to be stoned to death, and we don’t want people to be burned at the stake.
We have already moved way past that. Let’s not allow a small number of religious bigots to take us back into the dark ages. And for that, we all need to stand up and speak up when our individual rights are trampled upon.
Managing editor P. Gunasegaram is appalled by the number of sins committed in the name of God.

Thursday, February 18, 2010

Kalimah Allah Hak Islam

Kalimah Allah Hak Islam
Abu Razeen Al-Azhari



Pra: telah submit pada 19/2/2010, lambat hantar sebab cuti raya cina. cuti-cuti malaysia. Idea dah lama simpan tapi nak tulis payah, ini karya pertama menggunakan netbook samsung tercayang tamat ditulis pada jam 3.30 pagi hari yang sama.

Pinggir Surabaya, Zaini melepaskan lelah memborong pakaian berjenama dengan berlabuh di sebuah kedai bakso, hari minggu sebegini ramai pelancong dalam dan luar Negara mengerumuni setiap toko yang ada. Diseberang jalan terdapat premis gereja Leviticus yang diapit kedai menjual jeans dan butik Polo. Gerai makanan yang dikunjungi Zaini banyak pelanggannya, taukehnya memakai songkok manakala pembantunya memakai pelangkon. Sempat Zaini berseloroh dengan taukeh gerai tentang meriahnya gerai itu,“syukur kepada Allah!” balas si taukeh sambil tersengih menyerigai. Menjelang dinihari Zaini mahu membayar bakso yang telah dinikmatinya tanpa bersisa. Taukeh gerai kelihatan tergesa-gesa mahu keluar namun masih sempat menyapanya lagi. “Permisi pak! Ada big mass.” Zaini tersenyum sambil menyusuri langkah si taukeh dengan lirikan anak mata. Bagai tidak percaya apa yang dilihatnya, si taukeh yang bersongkok itu lenyap di dalam gereja seberang jalan. Sewaktu menerima wang baki dari pembantu yang memakai pelangkon mata zaini menangkap sesuatu yang berkilauan di leher pembantu kedai . MasyaAllah! Loket berlambang salib kemas mendakap pangkal leher si pembantu. Tekak Zaini mula berasa mual dan bebola bakso yang ditelannya tadi terasa ingin dikeluarkan semula.

Puas menjelajah kawasan Zamalek, akhirnya Rashid berjumpa dengan apartment terbaik untuk disewa. Balkoni yang indah mengadap sungai Nil mendamaikan hati sesiapa saja yang lepak disini. Tambahan pula tuan rumahnya yang peramah dan warak, masakan tidak, kalimat Allah sentiasa bermain dibibir, Assalamualaikum warahmatullah, InsyaAllah, Alhamdulillah, Wallahi, rabbuna yusahhil serta pakaian jubah yang kemas dan apartment yang bersih. Rashid mula berasa tidak sedap hati sewaktu mengemas bilik utama, kerana berjumpa ilustrasi orang yang disalib belakang pintu. “mungkin ini kepunyaan penyewa yang terdahulu” ujar Rashid cuba untuk menyedapkan hatinya. Rashid dijemput ke kediaman tuan rumah bagi menjelaskan wang pendahuluan dua bulan berjumlah dua ribu paun. Wang bertukar tangan, sebagai menghormati tetamu, tuan rumah menghidangkan teh panas, sewaktu menyambut cawan dari tuan rumah, Zaini seakan terperasan tulisan tatto berbentuk salib diurat lengan tuan rumah. Zaini terkedu. Sambil berpura-pura ramah mata Zaini meliar mencari petunjuk bagi meyakinkan hatinya bahawa beliau tidak terkeliru. Akhirnya diketemukan ukiran salib yang kecil disudut dinding, belum puas dengan penemuan itu, isteri tuan rumah pula keluar dengan pangkal dada yang terdedah dihiasi salib teroleng-oleng disitu, seolah mahu semua orang tahu mereka adalah penganut setia kristian koptik berbangsa qibti. Mahu sahaja Zaini minta dipulangkan wang pendahuluan sewa apartment yang dihulurkankan sebentar tadi.

Dua situasi yang tidak menyenangkan diatas, adalah perkara biasa di dua buah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Negara pertama mewakili umat Islam terbesar didunia dan negara kedua memiliki gedung Ilmu Islam tersohor didunia. Sungguhpun berada di dua benua yang berlainan, namun kedua-dua negara mempunyai persamaan dari segi geopolitik dan toleransi agama. Kedua-duanya merupakan republik yang didominasi oleh seorang Presiden, mempunyai asas tamadun awal yang terkenal, taburan penduduk yang tinggi, juga rakyat yang berbilang kaum dan agama. Namun yang ingin diutarakan bersesuaian dengan isu kali ini adalah tahap liberalisasi agama sesama rakyatnya. Kedua-dua negara membenarkan penggunaan kalimat Allah oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama. Penggunaan ini bukan terhad sekadar ceramah lisan di rumah-rumah agama, malah dalam media percetakan dan juga penyiaran elektronik disemua peringkat. Dalam satu keraian Koptik yang disiarkan secara siaran langsung dalam Nile TV, Baba Shanudah, ketua mazhab Orthodox menyampaikan khutbah dalam bahasa Arab dan menggunakan kalimah Allah dalam maksud tuhan bagi mereka. Namun, ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana sememangnya bangsa Arab telahpun menggunakan kalimah Allah bagi maksud tuhan sejak sebelum zaman Rasul SAW diutuskan. Malah sebelum kerajaan Fatimiyah didirikan, perlembangan Nil itu pernah diperintah oleh kerajaan Kristian. Jesteru bukanlah sesuatu yang pelik bagi bangsa Arab yang beragama Kristian untuk menggunakan kalimat Allah sekalipun sewaktu berurusan dengan orang Islam. Manakala bagi penutur bahasa selain Arab ia adalah sesuatu yang janggal dan mengelirukan.



Keadaan yang sama berlaku di seberang, apabila Undang-Undang Dasar 1945 tidak meletakkan mana-mana agama menjadi agama rasmi Negara (kecuali Qanun Acheh), Pasal 29 hanya menyatakan kepercayaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa tidak sepertimana yang terkandung dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam secara khusus. Meskipun mempunyai penganut agama Islam terbesar didunia namun secara kasarnya semua agama mendapat layanan yang sama. Tiada yang dapat membezakan antara Islam dan agama lain lantaran kalimah Allah bukanlah hak ekslusif agama Islam. Orang yang bukan Islam boleh menyeru dengan nama Allah sebagai dakyah mengaburi mata orang Islam, atas dasar menyembah tuhan yang sama. Dasar asimilisasi menambah rumitkan identiti agama apabila semua nama mestilah bunyinya menyerupai satu bangsa sahaja, barangkali masih ada yang belum tahu bahawa Joko Suprianto dan Ricky Subagja, adalah berbangsa Cina. Dasar penggunaan satu bahasa berjaya dilaksanakan dengan lebih cepat sehinggakan bible diterjemah kepada bahasa watan. Perkahwinan multi agama juga dibenarkan, manakala anak boleh memilih sendiri mana-mana agama yang dirasakan sesuai, ini menjadikan kekeliruan akidah bertambah kusut. Dasar liberal mereka menjadikan sesebuah premis boleh bertukar fungsi berdasarkan hari kebesaran agama, seperti Jumaat untuk orang Islam, Ahad untuk kristian dan hari lain untuk lain-lain agama. Bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya apabila siang seseorang beragama Islam dan malamnya beragama lain dan esoknya kembali ke agama Islam. Menyedari hakikat betapa mudahnya untuk mengaburi akidah umat Islam yang telahpun jauh ditinggalkan wali-wali keramat. Pihak gereja meningkatkan lagi pergerakan misionari melalui bantuan kemanusiaan dan sebaran dakyah seperti bible berbahasa ibunda. Selain daripada pengeksportan pekerja beramai-ramai ke negara jiran, pihak gereja juga percaya taktik dakyah yang serupa patut dieksport ke Malaysia juga.

Mengambil pengajaran dari eksperimentasi yang telah dibuktikan berjaya di negara jiran, The Catholic Herald Weekly, sebuah terbitan gereja Roman Katholik Malaysia memohon perkara yang sama melalui ruang perundangan setelah percubaan pertama dinafikan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, sebelumnya mereka cuba mengedarkan 10,000 bible yang menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai tuhan. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan satu perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menerbitkan majalah dengan memasukkan kalimat Allah dengan syarat lain tidak digunakan sebagai dakyah kepada orang Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi pada penutup tirai tahun 2009 mengundang reaksi yang pelbagai dari umat Islam, meskipun disulami dengan emosi berbaur politik dan kepentingan diri, namun semua pihak telah menyatakan pendapat masing-masing, malah pihak berotoriti telah terlebih dahulu mengambil inisiatif bagi mendepani masalah ini. Larangan penggunaan kalimah yang khusus bagi umat Islam seperti Allah, Solat, Kaabah, Baitullah telahpun diputuskan oleh Jemaah Menteri, tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam pada 16 Mei 1986. Keputusan menteri telah disambut dengan penggubalan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor seterusnya diperkenankan oleh Pemangku Raja Negeri Selangor pada 28 Jun 1988.

Kuasa negeri untuk membuat undang-undang untuk mengawal agama diperuntukkan dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini termasuk wilayah-wilayah persekutuan bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam. Undang-undang yang bersifat preventif ini turut memperuntukkan denda semaksimum RM10,000.00 dan/atau penjara tidak melebihi satu tahun penjara bagi kesalahan-kesalahan pengembangan agama lain keatas orang Islam. Meskipun undang-undang ini adalah berkaitan dengan agama Islam dan dibuat atas kuasa negeri namun Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa melaksanakan undang-undang tersebut. Malah sehingga kini tiada sebarang kes dilapor berdasarkan kesalahan-kesalahan berkaitan. Melengkapi enakmen ini terdapat 25 perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam termasuklah perkataan ‘Allah’. Kesemua negeri telah memperuntukkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam undang-undang yang hampir serupa berdasarkan dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.




Pihak otoriti agama pula telahpun berpendirian tegas dalam perkara ini. Pada Mei 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan, lafaz Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama selain Islam. Apapun jua keputusan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan umat Islam, ianya bukanlah isu yang diberi perhatian oleh Mahkamah Sivil. Susunan keutamaan perundangan negara meletakkan Perlembagaan Persekutuan adalah yang tertinggi dan untuk lebih tepat, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan tidak terikat dengan keputusan fatwa. Namun ini bukanlah penamat bagi perjuangan memelihara kesucian lafaz Jalalah bagi umat Islam, proses perundangan masih boleh diteruskan pada beberapa peringkat lagi, tindakan diluar batas perundangan akan mengakibatkan kesan negatif keatas kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dan kesan keatas umat Islam yang menjadi minoriti di negara-negara lain.

Umat Islam di Malaysia sendiri sebenarnya masih belum mencapai tahap konsensus dalam isu ini. Walaupun pendapat melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mendominasi media cetak dan iklim perbincangan negara ini. Namun sebilangan kecil masih membuka ruang toleransi atau lebih tepat ke arah liberal dalam menyuarakan pendirian. Sungguhpun kumpulan ini kecil namun pendapat mereka diberati dengan hujah-hujah qat’i bersumberkan Al-Quran dan sukar dicanggah berdasarkan perbahasan method yang sama. Antaranya petikan dari Surah Az-Zumar ayat 38: yang bermaksud “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan menjawab Allah…” begitu juga dengan firman Allah dalam ayat 63 Surah Ankabut yang bermaksud: “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan dibumi setelah matinya, sudah tentu mereka menjawab Allah”.

Meskipun terdapat rad (bantahan) penggunaan hujah ayat-ayat Al-Quran dari golongan yang membenarkan penggunaan lafaz ‘Allah’ berdasarkan asbabun nuzul, tetapi hakikat penggunaan kalimah Allah sebelum disyariatkan Islam tidak dapat dinafikan, malah bapa baginda Rasul SAW sendiri bernama Abdullah yang memberi erti hamba Allah, sedangkan syariat Islam atau Al-Quran hanya diturunkan setelah Rasul SAW berumur 40 tahun. Namun bukanlah perbahasan mengenai siapa terlebih dahulu menggunakan lafaz ‘Allah’ perlu diperjuangkan, akan tetapi yang lebih aula adalah bagaimana penggunaan ‘Allah’ harus digunakan dalam konteks Malaysia pada hari ini.

Adalah sesuatu yang tidak perlu dibahaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah dinobatkan sebagai perundangan tertinggi Negara pada tahun 1958. Jawatankuasa Lord Reid yang merangka Ordinan Perlembagaan telahpun bersetuju bahawa ketuanan Islam diungkapkan dalam perkara 3(1) yang menyebut “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Bolehlah difahami bahawa Islam adalah payung kepada ugama-ugama lain atas dasar agama bagi persekutuan. Tetapi keutamaan ini tidaklah menjadikan Islam sebagai agama paksaan keatas mana-mana warganegara Tanah Melayu pada waktu itu. Oleh yang demikian Tanah Melayu pada waktu dulu dan Malaysia pada hari ini bukanlah sebuah negara yang tidak beragama jauh lagi bersifat sekular (walaupun pernah ditafsirkan sedemikian) apatah lagi agama lain bertindak mengatasi agama Islam dari segi keutamaan, ini tidak boleh kerana Perlembagaan Persekutuan telahpun menyatakan yang sedemikian. Malaysia bukanlah sebuah negara yang meletakkan asas semua agama adalah sama. Benar, jika dikatakan semua agama mengarah kepada visi dan moral yang baik, tetapi agama disisi Allah SWT adalah Islam, itu adalah dogma bagi umat Islam dan dakwah kepada orang lain.

Jika dikatakan agama tidak harus dijadikan sentimen dalam mentadbir negara, ia adalah salah! hatta negara yang memperjuangkan negara bebas seperti Amerika Syarikat sekalipun tetap menabalkan presiden dengan meletakkan sumpah beliau ke atas bible, melambangkan keutamaan agama kristian. Ini menunjukkan dalam asas kestabilan sesuatu pentadbiran negara, satu agama harus dijadikan tunggak tanpa menafikan hak agama lain untuk diamalkan. Dalam ertikata Malaysia, Islam dan Al-Quran adalah asas kepada kestabilan negara, mana mungkin seorang pemimpin harus bersumpah setia dengan berbilang-bilang agama atau menganut beberapa agama demi menjaga keharmonian negara.

Sesudah diketahui agama bagi persekutuan, maka setiap penafsiran harus dibuat berdasarkan asas tersebut. Dalam menangani konflik seperti penggunaan kalimah ‘Allah’ atau isu-isu lain, Islam telah menetapkan beberapa kaedah fiqhiah bagi menjaga kemaslahatan ummah dan kerukunan dengan agama-agama lain. Kuasa kerajaan ini telah disebut dalam kaedah “Tasarraful Imam Manutun bil Maslahah” atau tindak tanduk pemerintah haruslah mengutamakan maslahah, meskipun pemerintah boleh menggunakan Islam sebagai otoriti dalam perlembagaan, tetapi maslahah rakyat bukan Islam tidak harus dipinggirkan.

Dalam keadaan umat Islam yang berjumlah majoriti namun lemah dari segi ketahanan dan kesatuan, kerajaan patut mengambil pendirian yang boleh mempertahankan kesucian Islam, dalam kes ini misalannya, meskipun diketahui lafaz Allah harus digunakan oleh agama selain Islam namun sekiranya dibenarkan juga maka akan bertambah lemahlah umat Islam disini. Bangsa Melayu Islam bukanlah seperti bangsa Arab yang mampu membezakan lafaz ‘Allah’ yang dinasabkan kepada Islam ataupun lafaz ‘Allah’ yang dinasabkan kepada agama kristian atau lain-lain agama. Bangsa Melayu Islam Malaysia juga masih mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam dan perlembagaan yang memihak kepada Islam walau dalam sudut yang kecil, bukanlah seperti negara yang langsung tidak menamakan Islam sebagai agama rasmi negara. Ini adalah perbezaan antara Malaysia dan negara-negara lain yang langsung tidak patut dijadikan kias dalam perundangan.

Ketiadaan konsensus dalam penggunaan isu kalimah ‘Allah’ bukan sahaja berlaku dipihak umat Islam, tetapi turut dialami oleh pihak kristian, Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, adalah tidak wajar untuk penganut kristian menggunakan ‘Allah’ sebagai tuhan, ini kerana perbezaan maksud dengan lafaz yang sama digunakan oleh orang Islam, kekeliruan ini akan memberi kesan yang besar kepada penganut Islam dan kristian sendiri. Kerana Islam menafikan Allah mempunyai anak sedangkan asas agama kristian menyatakan sebaliknya.



Dalam keadaan kita yang masih berjerubu dengan masalah sosial dan gerhana politik, umat Islam sewajibnya berganding bahu memberi lebih penumpuan kepada memelihara akidah dan kerohanian anak-anak serta remaja Islam. Meskipun kita pernah menafikan bilangan orang Islam yang murtad yang tinggi namun kejayaan pihak bukan Islam dalam kes kalimah ‘Allah’ ini adalah merupakan batu loncatan kepada mereka untuk merealisasikan percambahan bilangan muslim yang murtad. Dengan kelalaian kita hari ini, tidak mustahil anak-anak muda Islam boleh masuk agama lain dengan alasan agama lain juga menyembah ‘Allah’ tapi tidak perlu lagi menunaikan solat, tidak perlu puasa, boleh diampun dosa dengan pergi gereja dan yang penting tuhan yang disembah adalah sama.

Pada masa yang sama umat Islam tidak seharusnya meratapi keputusan MahkamahTinggi terdahulu.Kesempatan perbahasan mengenai isu kalimat Allah ini, sepatutnya diambil untuk suatu peluang yang lebih bermunafaat. Misalnya menerangkan konsep ketuhanan dalam Islam, Allah yang bersifat sempurna, tiada yang bersekutu denganNya. Sebagai solusi sementara, kita boleh mengambil pendirian tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya semua pihak mahu berunding dan menghormati satu sama lain.

Artikel untuk Majalah MAIS 18

Monday, February 8, 2010

Whats up! February



Pra: Februari datang lagi, First Februari di Prosecutor Office, banyak ke kesnya?. V'day cegah sebelum parah, harap banyak-banyak NGO memainkan peranan macam masjid muhsinin, maza, termasuk badan politik, takkan nak mengharapkan pihak berkuasa agama sahaja. Mak bapa kena main peranan juga, guru dan rakan-rakan.

1. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

2. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.

3. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Copy poster 'Jerat V-Day', sebarkan. Print, fotocopy dan lekatkan ditempat-tempat awam... atau forwardkan email.. mulakan dari sekarang dan mulakan dari diri anda.. jangan tunggu orang lain. Selamatkan umat ini.. ana mungkin boleh berbuat sesuatu.

p/s. saya tabik hormat kepada http://urusetialandas.blogspot.com/ atas usaha mereka, semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan kepada saya dan rakan-rakan.

Sunday, February 7, 2010

my 2 cent of 9 Nyawa

9 Nyawa Pra: Ini mungkin novel tercepat saya habiskan.. 1 minggu! mula beli pada 21/1 habis baca 26/1. (saya bukan punya masa untuk membaca sekaligus). Fikir perjalanan dari Taiping ke Shah Alam pastinya amat membosankan. Sebelum 3.15 petang saya gagahkan juga mencari kedai buku popular di pekan Taiping.. akhirnya dapat juga. 1. Ramli Awang Murshid, tidak perlu dibahaskan lagi, punya peminat tegar yang tidak mampu digugat penulis-penulis lain. Saya kira kalau di terjemahkan ke Inggeris dan diadaptasikan ke filem mampu jadi macam John Carpenter.. horror master. 2. Bagusnya RAM punya resepi-resepi penulisan yang tidak dipunyai oleh orang lain, rahsianya boleh diperolehi dalam kelab RAM, kalau sesiapa yang berniat nak menulis, boleh mengambil langkah-langkah seperti beliau.... beliau mengambil berat tentang hubungan rohani menjadikan penulisannya berisi dan lebih dari sebuah karya kontemporari. 3. Terus ke 9 Nyawa, ceritanya menggunakan teknik penceritaan dua watak utama yang asing digabungkan pada bahagian ke75% cerita. Jangan ditanya apa teknik itu, kerana saya tidak punya kelulusan akademik tentangnya. Tapi ia biasa digunakan untuk mewujudkan variasi dan tarikan dari muka ke muka menyebabkan pembaca tidak mampu melepaskan buku kecuali untuk benda-benda wajib sahaja. 4. Teori 9 Nyawa, adalah datangnya dari barat, saya suka ia digunakan dalam novel ini, dan saya harapkan selepas ini RAM akan datang lagi dengan pantang dan taboo orang melayu seperti kucing melangkah mayat, nanti mayatnya bangkit... dsb. Tapi tidak perlu seperti cerita Tamar Jalis kerana tiada siapa mampu menggugat penulis tersohor dan bagi saya pencetus revolusi cerita seram Malaya. 5. Cerita Hakim di Singapura benar-benar hidup, dan setiap lokasi yang diperikan seolah-olah si penulis benar-benar menulis dari lokasi cerita. Itulah kunci realistik bagi sesuatu penceritaan. Pembaca suka seolah-olah mereka berada disitu. Meskipun pemisahan roh dan jasad Intan telahpun di disclaimerkan oleh RAM dihujung buku namun ia tetap mengujakan pembaca. 6. penulis bijak membawakan watak Khairil yang memerangkap keluarga Intan, .. saya mengharapkan penataan klimaks yang lebih hebat iaitu semasa, si khairil melarikan diri dari penjara dan sewaktu beliau ditembak oleh azizah. (orang jahat matinya mesti dahsyat kan!) 7. Penulis juga banyak buat homework, which is good! untuk para pembaca yang malas nak telan maklumat-maklumat ilmiah secara mentah., jadi disinilah datangnya tanggungjawab penulis, dan bagi saya RAM telah menjalankan amanahnya dengan penuh disiplin dan hikmah. 8. Beberapa perkara dibiarkan tergantung oleh penulis (sebab itu namanya novel misteri!) mana datangnya kucing masa kemalangan, kenapa intan yang dipilih, kenapa intan mukanya tidak sama bapanya sampai nyaris kena bunuh dengan bapa sendiri .... apapun sebab buku ni genre horror, maka penulis tidak bertanggungan untuk menjawab semua persolan, sepertimana kita tengok cerita hantu .. the mystery remains, atau nak keluar sequal lain?. 9. Saya menilai buku 9 Nyawa sebab ia hits kedai buku kebelakangan ini, tidak dinafikan sebelum buat satu penulisan kita kena kaji market, dan bagi saya RAM berjaya kerana beliau berhak mendapatnya. Manakala untuk peminat tegarnya (blogger safiy) ..worth it! p/s: homers dan tolstoy siap korang balik ni aku balun sampai lunyai! .. the appeal 20% already, cerita pasal saman gantirugi